Klon komersial Klon_durian

Walaupun terdapat banyak klon yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian, hanya 8 jenis klon yang bernilai komersil sahaja disyorkan untuk ditanam oleh pengusaha dusun. Klon tersebut adalah:-

KlonNama biasaSaiz buahCiri isiCiri khas
D24SultanSederhana

(1-2 kg)

Warna kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa lemak manis, sedikit pahit dan aroma kuatDuri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tak serata
D99Kop KecilSederhana

(1-2 kg)

Warna krim kekuningan, isi sederhana tebal, bertekstur halus, basah, rasa lemak manis dan aroma kuatBuah berjambak, biji leper atau kesep
D123ChaneeBesar

(2-4 kg)

Warna kuning keemasan, isi tebal bertekstur sederhana halus, rasa lemak manis dan aroma kuatBuah besar dan biji kecil
D145Tuan Mek Hijau/BeserahSederhana

(1-2 kg)

Warna kuning keemasan, isi sederhana tebal bertekstur halus, rasa lemak manis dan aroma harumBuah dempak di tangkal dan di hujung
D158Kan Yau/Tangkai PanjangSederhana

(1-2 kg)

Warna kuning keemasan, isi tebal dan tekstur berserat, rasa manis dan kurang aromaTangkai panjang 15-17 cm
D159Mon Thong/Bantal MasBesar

(4-6 kg)

Warna kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa manis berkrim dan kurang aromaBauh besar mencapai 4-6 kg/biji
D169Tok LitokSederhana

(1-2 kg)

Warna kuning, isi tebal dan berserat, rasa lemak manis, sedikit pahitDuri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tak serata
D197Raja Kunyit/Musang KingBesar

(2-2.5 kg)

Warna sangat kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa lemak manis dan pahitWarna isi terlalu kuning dari biasa, harga mencecah RM30/kg


Selain itu, beberapa durian bukan klon juga disyorkan iaitu Durian Burung, Dalit, Alau, Royal Brunei, Durian Anjung Lima, Tenom Beauty, Kekura, Raden Mas Ayu dan Diamond King.